IKHLAS
Ramai kata urusan ikhlas itu hanya Allah saje..yang tahu....tak perlu nak sibuk-sibuk...TAPI bagi aku urusan ini sangat penting dan sentiasa membelenggu fikiran dan perasaan ku....yalah...kalau saje2 buat amal..buat itu buat ini...berbukit bergunung lah nampaknya...tabur duit ke..tenaga ke..sana sini...tapi kalau tak IKHLAS kerana ALLH..jadi apa?????? Allah tak pandang pun....syok sendirilah alamatnya....naudzubillah....
Aku ingin rebut cinta Allah...ingin ku rebut redhaNya...tentu saja aku ingin mengambil berat segala kesukaanNya......
Kalau muda mudi bercinta pun....ambil berat sangat agar orang tersayang mencintainya sungguh2 dan buat sesuatu dengan penuh jujur dan ikhlas.....inikan pula cinta kita kepada ALLAH S.W.T....TUAN DAN PEMILIK diri kita......takkan nak wat sewenang-wenang je.....
Biarlah ikrar kita setiap kali solah itu menjadi saksi akan diri kita dengan Allah SWT..Sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku kerana ALLah swt......
So.......sentiasalah beri peringatan demi peringatan buat diri kita di setiap saat dan ketika..di mana jua kita berada agar kita tidak membiarkan diri kita ini ibarat sedang mengutip angka2 kosong atau mengumpul daun2 kering.......kerana walau banyak manapun nilai kosong yang kita kumpul...jumlahnya tetap kosong...begitulah ibaratnya....amalan tanpa keikhlasan kerana Allah.....
Syaitan laknatullah sentiasa mengintai-ngintai untuk merosakan amalan kita....kita kena sedar dan sentiasa waspada....dijadikan dalam diri kita rasa seronok nak bercerita tentang amalan kebaikan yang kita lakukan dan tanpa kita sedari TUSUKAN RIAK...memusnah segala....Tersenyum megahlah barisan tentera syaitan kerana urusan mereka menewaskan kita telah berjaya sedang kita masih alpa....masih rasa banyaknya amalan kita dan baiknya kita berbanding yang lain......
Astaghfirullahhalaziiiimm..............
Beristighfarlah kita seberapa segera.......
Andai terlintas di fikiran keinginan untuk menghebahkan kebaikan yang telah kita lakukan...yang sebelum ini tiada orang yang tahu..maka cepat2lah kita sedar kita sedang dimainkan oleh syaitan laknatullah....bersegeralah kita beristighfar kerana istighfar itu ibarat anak panah buat syaitan yang akan menyerang dan membakar dirinya........"ingatlah sebaik2 amalan /sedekah...jika tangan kanan memberi,tangan kiri pun tidak mengetahuinya....."
Diriku.......andai cintamu benar hanya sanya untuk Allah dan Rasul....
laksanakanlah amalanmu semata2 untukNya....
cintailah Ia dengan sesungguhnya......
rebutlah setiap peluang dan ruang untuk beribadah kepadaNya....
Bukan di kaki sejadah saja dirimu adalah hambaNya...tetapi di mana2 saja...
Diri mu adalah milikNya sepenuhnya.....di mana2 dan bila2 masa saja....
Usah diri mu terlena dengan dunia....
Pergunakan dunia untuk akhirat.....kerana dunia pentas amalan dan akhirat matlamat utama....
Andai dunia dapat dirimu takluki dengan penuh keimanan...tentunya perjalanan menuju akhirat menjadi suatu kebahagiaan......
Namun jika dunia yang menakluki dirimu.........
Kau akan diuliti angan2....
Mulut kata kerana Allah..tapi hati kepingin sgt di cintai manusia dan redhanya...
Mulut kata jangan diri ini dipuji dan puja kerana segala puji dan puja itu hanya layak bagi ALLAH jua...
Tapi dalam diam segala cerita dan kata terbaur sebaliknya....
SIAPAKAH KITA???????????
Ampunilah kami semua ya Allah..........
No comments:
Post a Comment